♥ TiQa’s BloG ♥
Strawberry On Top Of Cupcake

RESEPI PENGAT UBI KELEDEK
Tuesday, 15 December 2015 | Tuesday, December 15, 2015 | 0 comments
Assalamualaikum♥

Dah lama tak update blog…Asal niat nak update je tak sempat la..malas la…
So here we go resepi yang mudah dan ringkas untuk makan petang.

Bahan-bahan
-Ubi keledek yang sudah di kupas kulit dan dipong kecik. Ikut suka korang nak besar mana..tapi kalo potong besar sangat akan mengambil masa yang lebih lama untuk memasak..
-Santan –1/2 biji pun dah cukup.-kalau ubi banyak lebihkan santan.
-4 sudu Sagu yang telah di basuh dan direndam-kalau tak letak pun takpe.-sagu ni bagi kuah lagi pekat.
-Daun pandan untuk bau.
-Gula Melaka ikut suka kemanisan korang.
-Garam secukup rasa.
-Air masak.

Cara-Cara
1)      Masukkan ubi keledek yang telah dipotong dan di basuh bersih ke dalam periuk bersama santan.
2)      Masukan sedikit air, sagu dan gula Melaka.masak dengan api yang sederhana.
3)       Masukan daun pandan.
4)      Akhir sekali garam secukup rasa.
5)      Biarkan ubi empuk.Dan sedia untuk dimakan.
esok lebih baik dari hari ini dan hari ni lebih BAIK dari hari semalam.:)

Labels: , , , ,

resepi lempeng mudah
| Tuesday, December 15, 2015 | 0 comments
Assalamualaikum 

bahan-bahan
tepung satu cawan
air satu cawan
telur satu biji
garam secukup rasa
minyak untuk elak lempeng melekat pada kuali semasa membakar.

cara-cara
pukul telur ala-ala manja.
masuk tepung,air dan garam..mix kan bagi sebati..
tapis adunan dan panaskan kuali dan masuk minyak sedikit.
boleh start menggoreng lempeng.goreng menggunakan api yang kecik sehinggga kekuningan/garing.

boleh dimakan bersama baki kari ayam/gulai ayam/kari daging/gulai daging/sambal bilis/sambal sardin.
selamat mencuba!


esok lebih baik dari hari ini dan hari ni lebih BAIK dari hari semalam.:)

Labels: , ,

resepi puding karamel diinspirasi oleh dr ezani
| Tuesday, December 15, 2015 | 0 comments
Assalamualaikum♥

nak share cara buat puding karemal yang mudah dan enak.jimat masa dan duit tau kalo buat sendiri.

bahan-bahan.
untuk karamel
gula :60g

untuk puding
70g
400ml susu segar atau susu cair.
4 biji telur
esen vanila satu sudu kecik
majerin-untuk grill loyang.

cara-cara.
gril kan loyang dengan majerin
cairkan gula 60g dengan api perlahan..kena selalu kacau supaya gula tak berketul.
bila gula dan agak keperangan masukkan kedalam loyang.
guna kuali atau periuk yang sama untuk panaskan susu bersama gula 70g sehingga gula larut.
semasa susu dipanaskan..boleh pukul telur kelajuan perlahan bersama esen vanila
mixkan telur dan susu.kacau sekejap bagi dia mix.
tapis bahan puding.masukan kedalam loyang karemal.
kukus selama 30-45 minit.
sejukkan puding karemal selama lebih kurang 2 jam.
siap untuk dihidang..


esok lebih baik dari hari ini dan hari ni lebih BAIK dari hari semalam.:)

Labels: , , ,


Older Post