WELCOME TO tiQa'S blog

lawat-lawat

kwn2.

sesiapa yg terasa dirinya baik dgn aku,bolelahh ambek award ni. sila gn malu2 oke? TO MY DEAREST FOLLOWERS:sila ambil award ni ok?and sorry kalo tdk lawa.

Thursday, 15 September 2016

resepi mee kari mudah

Assalamualaikum
lama sangat tak post kat blog..laptop tak boleh nak on..:(
ni baru boleh...
baru je dua tiga hari lepas hari raya aidil adha.so di sebabkan bertugas..dan saya pasti banyak kedai tak buka pada hari raya maka kami berjemaah membawa port luck.
di sini saya sertakan resepi mee kari mudah hentam keromo saya.in shaa Allah not so bad di tekak...
lebih kurang 10 orang makan.

bahan-bahan dan cara untuk mee
mee kuning-dicelur
sayur sawi-dipong dan dicelur
daun sup-potong halus.
cili merah / cili padi-potong halus
limau kasturi dipotong dua
bawang goreng
telur rebus dipotong dua
taugeh di celur

bahan-bahan kuah mee kari
bawang besar lebih kurang 1 setengah biji
bawang putih -lebih kurang 3-5 ulas
cili giling /cili kering yang di blend
serai -2 batang
halia- 2
lengkuas 1 inci
3 sekawan-bunga cengkih,bunga lawang,kayu manis
santan -dua kotak santan kara
ayam lebih kurang 1/2-1 kg
fish cake 1 paket
fish ball 1 paket
air
garam
gula
rempah kari-satu paket kecik -saya guna babas.
minyak

cara-cara kuah mee kari

  1. panaskan kuali dan masukkan minyak
  2. kisar bawang besar,bwang putih,lengkuas,halia,serai bersama sedikit air.
  3. bila minyak dah panas masuk 3 sekawan dan bahan tumisan dan cili kisar lebih kurang 1-2 sudu.tumis sehingga naik bau dan garing.
  4. masuk rempah kari.( bancuh rempah kari bersama sedikit air asan jawa/ air biasa) sampai naik bau.
  5. masukkan ayam,fish cake,fish ball reneh sekejap.
  6. masuk santan dan sedikit air sampai naik minyak
  7. tunggu sehingga kari betul2 masak sedia untuk di hidang.
  8. sedia untuk di hidang bersama mee kuning.

kuah dia dalam proses pembikinan.
esok lebih baik dari hari ini dan hari ni lebih BAIK dari  hari semalam.:)