WELCOME TO tiQa'S blog

lawat-lawat

kwn2.

sesiapa yg terasa dirinya baik dgn aku,bolelahh ambek award ni. sila gn malu2 oke? TO MY DEAREST FOLLOWERS:sila ambil award ni ok?and sorry kalo tdk lawa.

Friday, 7 January 2011

7 kelebihan bersabar

hari ni nak cite kelebihan bersabar..ni copy paste dr http://insafidiri.blogspot.com @ klik tajuk di ats..

semua org tahu..bukan mudah untuk menjadi penyabar..kann?tapi sabar tu kan separuh dari iman.seperti Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud:

“…dan sesiapa yang bersabar, maka Allah akan mejadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang Allah berikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas manfaatnya daripada kesabaran.”

Riwayat Bukhari & Muslim

Pengajaran:

1. Sabar adalah sifat mulia (mahmudah) yang mesti dimiliki oleh setiap umat islam

2. Untuk memiliki sifat sabar, perlulah mempunyai latihan yang berterusan.

3. Orang yang berusaha melatoh dirinya bersabar dan terus bersabar adalah orang yang dikasihi serta dekat dengan Allah SWT. Allah memandangnya dengan pandangan rahmat.

4. Orang yang bayak bersabar dalam membentuk dirinya untuk menjadi seorang penyabar (as-sobirrun), tidak akan disia-siakan Allah. Akhirnya, ia akan ditulis di sisi Allah sebagai hamba yang penyabar.

5. Apabila seseorang memiliki sifat sabar, maka ia telah memiliki kebaikan dan keuntungan yang banyak.

6. Apabila seseorang dianugerahkan sifat sabar, maka ketahuilah bahawa Allah Taala mehu memberikan kepadanya manfaat yang besar lagi luas, berpanjangan dari dunia sampai ke akhirat.

7. Antara keutamaan sifat sabar ialah:
  • >> Masuk syurga tanpa hisab (perhitungan)
  • >> Diampunkan dosa-dosa yang lalu
  • >> Memiliki iman sejati
esok lebih baik dari hari ini dan hari ni lebih BAIK dari hari semalam.:)