♥ TiQa’s BloG ♥
Strawberry On Top Of Cupcake

review novel.(ISTERI TAK DIJANGKA)
Wednesday, 10 December 2014 | Wednesday, December 10, 2014 | 0 comments
Assalamualaikum ♥

REVIEW buku untuk pertama kalinya..kott?
okey,tajuk novel seperti yang di atas..(isteri yang tak di jangka-karya s.n hidayah haron)
novel ni bnyk konflik.sila sediakan tisu tau kepada bakal pembaca.

ASMYALIANA ARIFFIN...Dia tidak sangka nasib hidupnya berubah dalam sekelip mata.Terpaksa berdepan dengan ujian,Mya reda menjadi umi sekelip mata,menjadi isteri tak dijangka.Demi menjaga maruah diri,dia harus mengkhianati dan melukai hati seseorang.

Atas alasan itu Mya dan Zaliff Mohammad disatukan atas ugutan Mya setelah dirinya dinodai lelaki tersebut.Biarpun sudah beristerikan Natrah yang merupakan kakak angkat kepada Mya,pemikiran cetek Zaliff yang berlandaskan nafsu telah menyebabkan Mya dilanda kegelapan.Fazzy si kekasih hati Zaliff pula menjadi penambah duka dan lara kepada isteri pertama Natrah dan Mya isteri kedua.

"Dalam sampul surat ini ada dua barang.Satu barang adalah laporan kesihatan aku dan yang kedua adalah CD rakaman pencerobohan kau ke dalam rumah aku.Kau tengok dan kau analisis dulu okey?Lepas itu baru kau buat keputusan sama ada kau nak kritik atau kau nak jadi juri?"-Mya
"Kau ugut aku?"-Zaliff
Aku tak ugut kau,tapi cuma nak ingatkan kau.Kalau aku buat laporan polis,agak-agak kau boleh hidup dengan aman tak?Kau dapat tak kawin dengan Fazzy?-Mya
Itu cerita sebelum Zaliff menikahi Mya,selepas kahwin perasaan benci terhadap Zaliff mula menipis dan mula terdetik dalam hati Mya apabila layanan kasar Zaliff terhadapnya semakin berubah secara perlahan ke arah kebaikan.Namun,Mya sedar siapa dirinya kepada Zaliff.

"Hello,tak bermakna bila aku minta kau kawin dengan aku,aku kena ikut semua cakap kau.Hak aku adalah milik aku.Rumah aku tiada sesiapa pun boleh masuk sesuka hati kecuali aku"-Mya 
"Aku suami kau,Walau apapun jadi aku tetap suami kau,walaupun kita nikah dekat Songkhla tapi pernikahan kita sah.Aku dah daftar pun pernikahan kita dekat pejabat agama.Kau kena ingat Mya,reda aku sebagai suami syurgalah tempat kau,murka aku sebagai suami,neraka jahanam lah tempat kau.Kau pilih,mana yang kau nak check-in?"-Zaliff
Menjadi isteri kedua yang tak dijangka?Bersambutkah cinta?Bertautkah jiwa yang selama ini menjadi Tembok besar China dalam hatinya?Bagaimana pula dengan nasib Natrah yang menderita memendam rasa?Akan kah ada penghujung cerita tak dijangka antara Zaliff dan Mya?

okey?mak bagi 4 setengah bintang...memang pelbagai emosi.konflik,kekeluargaan dalam novel ni.korang kena baca tau..

esok lebih baik dari hari ini dan hari ni lebih BAIK dari hari semalam.:)

Labels: , , ,


Older Post | Newer Post