♥ TiQa’s BloG ♥
Strawberry On Top Of Cupcake

bulan oct:bulan kanser payudara
Friday, 31 October 2014 | Friday, October 31, 2014 | 0 comments
bulan oct,bulan kanser payudara..tergerak hati untuk berkongsi bersama-sama info berkenaan kanser ini..:)
Definition of breast cancer
Cancer that forms in tissues of the breast. The most common type of breast cancer is ductal carcinoma, which begins in the lining of the milk ducts (thin tubes that carry milk from the lobules of the breast to the nipple). Another type of breast cancer is lobular carcinoma, which begins in the lobules (milk glands) of the breast. Invasive breast cancer is breast cancer that has spread from where it began in the breast ducts or lobules to surrounding normal tissue. Breast cancer occurs in both men and women, although male breast cancer is rare. 
petikan:National Cancer Institute
http://www.cancer.gov/cancertopics/types/breast


Definisi kanser payudara:Kanser payudara adalah kanser malignan yang tumbuh di dalam tisu payudara. Kanser adalah penyakit di mana sel-sel tidak normal berkembang dengan cara yang tidak terkawal. Kanser payudara merupakan kanser yang paling biasa di kalangan perempuan tetapi kanser payudara ini juga boleh terjadi pada kaum lelaki. Kanser payudara boleh terjadi kepada seorang perempuan dalam lapan perempuan yang lain.
Risiko:

Tiada siapa tahu punca yang jelas berlakunya kanser payudara. Bagaimanapun kajian menunjukkan beberapa faktor risiko boleh memungkinkan seseorang itu mengalami kanser payudara.

*Umur: Kemungkinan untuk mendapat kanser payudara semakin tinggi bila wanita semakin berumur.
Penyakit ini jarang dialami oleh wanita sebelum menopaus.

* Sejarah individu kanser payudara: Seorang wanita yang mengalami kanser payudara di sebelah payudara mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser payudara di sebelah satu lagi.

* Sejarah keluarga: Seorang wanita berisiko tinggi untuk mendapat kanser payudara sekiranya ibu, saudara perempuan atau anak perempuannya mengalami kanser payudara.

* Beberapa perubahan di payudara: Beberapa peratus wanita mempunyai sel di payudara yang tidak normal.
* Kesuburan dan sejarah haid

* Semakin berumur seseorang wanita semasa memperoleh anak pertama, semakin tinggi risiko untuk mendapat kanser payudara.

* Wanita yang mengalami haid pada umur yang terlalu awal (sebelum 12 tahun), putus haid di usia lewat (selepas umur 55 tahun), atau tidak mempunyai anak juga mempunyai risiko untuk mendapat kanser payudara.

* Mereka yang mengambil terapi hormon menopaus melebihi lima tahun berkemungkinan mendapat kanser payu dara.

* Bangsa: Kanser payudara lebih kerap berlaku di kalangan mereka yang berkulit putih daripada bangsa Asia atau Afrika.

* Obes setelah menopaus: Setelah menopaus, mereka yang obes (terlalu gemuk) berkemungkinan besar mendapat kanser payudara yang lebih tinggi.

* Aktiviti fizikal: Wanita yang tidak aktif langsung sepanjang usianya mengalami risiko yang tinggi untuk memperolehi kanser payudara.

* Alkohol: Beberapa kajian menunjukkan wanita yang meminum arak berisiko tinggi untuk mendapat kanser payudara.
Wanita yang mengalami tanda-tanda di atas perlulah mendapatkan pemeriksaan doktor sebelum menjalani pemeriksaan yang lebih lanjut. Biasanya ketulan yang lembut, licin, bulat dan boleh bergerak-gerak adalah tidak merbahaya atau benigna.

Ketulan yang tidak jelas bentuknya, melekat di dalam tisu payu dara selalunya berkemungkinan besar adalah kanser.
Oleh yang demikian adalah sedikit info mengenai tanda-tanda awal Kanser Payudara.Untuk Kaum wanita adalah dinasihatkan supaya dapat membuat pemeriksaan sendiri mauhupun di hospitak atau klinik yang bertauliah.Sediakan payung sebelum hujan kerana wanita adalah tonggak dunia.

Manifestasi klinikal:
  1. Ketulan yang tidak sakit:Di payudara atau ketiak
  2. Ruam yang berterusan:Sekeliling putting.
  3. Pendarahan atau lelehan luarbiasa dari puting.
  4. Perubahan pada kulit.:Bengkak dan menebal,Berlubang,Permukaan kulit yang berkedut.
  5. Puting tertarik ke dalam.
Rawatan:
  1. Pembedahan atau lumplektomi iaitu pembuang ketulan atau pembuangan tisu payudara.
  2. Kemoterapi atau radioterapi.
  3. Hormone therapy.
  4. Mengambil herba atau makanan semulajadi untum meningkatkan sistem imun.
  5. Amalkan diet yang sihat.
  6. Elakkan radiasi gelombang mikro seperti telefon bimbit.
  7. Elakkan bendedahan kepada racun perosak biasa semasa berkebun.
  8. Elak dari mewarnakan rambut.
Kaedah diagnosis:
  1. Ujian darah.
  2. Fine needle aspiration biopsy (FNAB).
  • FNAB ialah pengambilan sampel ketulan yang disyaki dengan menggunakan picagari dan jarum yang halus dengan menggunakan teknik steril.
nota kaki : Segala penulisan oleh di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
esok lebih baik dari hari ini dan hari ni lebih BAIK dari hari semalam.:)

Labels: ,


Older Post | Newer Post