♥ TiQa’s BloG ♥
Strawberry On Top Of Cupcake

Perkara berkaitan rawatan yang TIDAK MEMBATALKAN PUASA
Saturday, 28 July 2012 | Saturday, July 28, 2012 | 0 comments

• Menggunakan ubat titis mata, telinga dan cucian telinga (dengan syarat tidak sampai ke gegendang telinga); diyakini cecair yang dititiskan itu terasa masuk sampai ke kerongkong dan ditelan, maka batal puasa. Tetapi jika diludahkan maka tidak membatalkan puasa.
• Pil tablet nitroglycerin (GTN) atau ubat yang menyamainya(sublingual) yang diambil secara meletakkannya di bawah lidah tanpa ditelan bagi merawat kesakitan dada (angina pectoris) bagi pesakit jantung;
• Melakukan prosedur tampalan gigi, cabutan, pembersihan gigi atau memberus gigi dengan syarat individu yang berpuasa tidak menelan apa-apa bahan ketika prosedur rawatan itu;
• Semua jenis suntikan sama ada melalui lapisan kulit, otot, sendi atau salur darah;
• Pendermaan atau pemindahan darah, begitu juga berbekam.
• Penggunaan ubat-ubatan dalam bentuk sapuan, balutan dan plaster pada permukaan kulit;
• Pengambilan sampel darah untuk ujian makmal;
• Memasukkan tiub kecil (catheter) melalui salur darah untuk tujuan pemeriksaan seperti prosedur angiogram untuk pemeriksaan jantung;
• Pemeriksaan laparoscop, iaitu pemeriksaan dalaman dengan menggunakan alat yang dimasukkan melalui dinding abdomen untuk pemeriksaan bahagian dalaman pesakit;
• Berkumur-kumur termasuk berkumur-kumur secara gargle (sehingga air hampir ke tekak), dan ubat teraputik semburan ke mulut yang tidak membabitkan proses menelan;
• Menjalani biopsy iaitu pengambilan spesimen atau cebisan yang diambil daripada hati atau organ lain untuk tujuan analisis makmal;• Penggunaan ubat semburan (spray) hidung tanpa disedut;
• Rawatan dialisis untuk pesakit mengalami masalah buah pinggang sama ada hemodialisis atau peritonealdialisis;
• Menjalani rawatan bius setempat atau separuh (local) dengan semburan atau suntikan setempat;
• Penggunaan ubat buasir dengan memasukkan semula kawasan buasir pada tempatnya tanpa membabitkan kawasan rongga yang dalam.
Tidak batal puasa orang yang memakai contact lens (kanta lekap) pada matanya.

Perkara berkaitan dengan rawatan perubatan yang MEMBATALKAN PUASA:

• Penggunaan alat sedutan (inhaler) untuk rawatan lelah (athma) atau penyakit paru-paru kronik;
• Memasukkan sebarang tiub kecil (pessary) atau ubat ke dalam faraj (vaginal suppository) termasuk prosedur cucian (wash), pemeriksaan dalaman vaginal (vaginoscope), atau pegawai perubatan memasukkan jari untuk melakukan pemeriksaan dalaman vagina wanita.
• Memasukkan sebarang tiub catheter, alat pemeriksaan dalam saluran kencing (uretroscope), barium atau ubat pencuci yang dimasukkan sama ada ke dalam saluran kencing bagi lelaki atau wanita (contohnya memasukkan `urinary catheter’ untuk rawatan sumbatan salur kencing);
• Penggunaan alat seperti enema, tiub suppository, teropong protoscope atau jari pegawai perubatan yang dimasukkan ke dalam dubur atau rectum untuk pemeriksaan;
• Penggunaan teropong usus (endoscope) atau teropong perut (gasteroscope) untuk tujuan pemeriksaan sistem penghadaman; dan
• Penggunaan bius menyeluruh yang membabitkan penggunaan gas.



dipetik dari group nurse kptm (FB)

Labels: ,


Older Post | Newer Post